Wednesday, February 17, 2016

NUHA & NAYLA..........Pantai Paka, Terengganu

Kalau balik kampung mesti saya ajak Abah pergi pantai. Boleh kata hampir setiap hari la pergi pantai kalau balik rumah Tok Ki dan Opah kat Paka.Sampaikan Abah cakap tak ada kerja lain ker asyik nak pergi pantai. Yer lah, kat rumah saya mana ada pantai nak pergi selalu kan..hehehe

Biasa kitorang makan dulu keropok ke, ikan celup tepung ke kat gerai belakang tu. Lepas tu aktiviti main pasir dan kutip kulit kerang lah. 

Adik hilang pergi mana ntah

Oh tu adik..Fesyen apa ntah siap nganga-nganga mulut :p

Kerang yang kami kutip kat pantai Ummi masukkan dalam botol. Menarik kan??

Kemain lagi saya seronok sampai dekat nak maghrib main pasir. Memberontak bila Abah ajak pulang..

Gambar adik saya yang pertama dengan boat. Saya pernah amik gambar jugak dulu dengan boat.

Tengok saya tu merajuk sebab dah kena balik rumah Tok Ki dan Opah. Hari tu hari terakhir kami kat kampung. Dah kena balik rumah dah esoknya..yer lah...saya anak Selangor :p

Kampung korang ada pantai tak??


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla