Thursday, January 7, 2016

NUHA bila....................Rutin Tahun 2

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tahun 2016, saya dah darjah 2. Tahun ni saya sekolah agama sessi pagi dan sekolah kebangsaan sesi petang. Pagi-pagi Abah atau Ummi yang hantarkan saya ke sekolah. Sejak Abah dah tukar management kat ofiz ni, Abah terpaksa turun awal dan tak sempat nak hantar saya kecuali ada urusan kat Shah Alam. So , officially tahun ni, Ummi yang kena hantar saya pergi sekolah. Hari ni kali pertama Ummi hantar saya ke sekolah.

Hari pertama saya ke sekolah agama. Hari ni Abah dan Ummi hantar. Diorang cuti sebab nak tengok saya ok tak naik van. Alhamdulillah saya ok jer. 

 
Adik dan saya. Kesian adik. Ummi bagitau, lepas hantar saya dia menangis nak kakak. Maklumlah saya dengan adik duk rumah pengasuh setiap hari masa cuti sekolah hari tu. 

Siap tertidur tidur dalam kereta lepas hantar saya ke sekolah. Lepas balik sekolah agama boleh jumpa kakak lagi yer dik. Saya balik dengan van ke rumah pengasuh Nayla, Kak Ana lagi macam tahun lepas. Sekolah agama habis dalam pukul 11 lebih. 

Sebelah petang dalam pukul 1.15 - 6.35 waktu persekolahan saya untuk sekolah kebangsaan. Hari-hari saya sampai hampir pukul 7 malam. Lepas balik sekolah sambung pulak mengaji kat rumah Kak Wati. 

Setiap sabtu masih lagi ke kelas taekwondo dari pukul 5 - 6.30 petang. Saya dah tali pinggang hijau.

 
Ni latihan pertama tahun 2016. Tak pasal-pasal kena merangkak style komando gitu. 

Yang ni pulak kena usung kawan. Aduhai berat sangat kakak yang saya kena usung tuh sampai lenguh tangan saya lepas latihan. huhuhu

Gambar masa latihan mama Aimi yang amikkan. Kawan baik saya dari tadika lagi . 

Itu jer la rutin saya setiap hari tahun 2, 2016 ini. Baju sekolah saya pun tak comot secomot tahun 1 dulu..hehehehe


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla