Tuesday, March 11, 2014

NUHA bila......Aktiviti 6 Tahun

Lama dah saya menyepi dalam blog ni kan. Asyik adik ajer yang enterframe. Hihihi. Sejak saya masuk tadika 6 tahun ni, setiap hari mesti ada kerja sekolah nak kena buat dan setiap hari kena baca buku yang cikgu dah bagi untuk Ummi atau Abah ajarkan saya baca. Sekarang saya dah masuk buku yang ketiga dimana kena eja 3 patah perkataan. Contohnya BU + LAN ( 3 patah) . Buku 1 dan Buku 2 biasa 2 patah ajer suku katanya.Alhamdulillah.

 Bila dah siap kerja sekolah boleh lah main . Tengok TV pulak ikut mood Ummi. Kalau dia in a good mood, boleh la tengok. Kalau tak haram...Hari cuti jer boleh tengok TV. Hobi suka buli adik. 


Baru sudah buat kerja sekolah. Saya dah pandai tulis ABC dan hafal huruf kecil dan besar .Tapi huruf jawi saya lemah sket. Selalu kena push dengan Ummi baru buat. Ummi tu kan tak macam Abah, Abah pegang tangan saya kalau nak tulis huruf jawi yang susah (mengelat kan :p) Ummi tak kira dia, dia paksa saya tulis sendiri jugak macam-macam mana pun. Matematik subjek yang saya suka. Kalau Ummi dan Abah kan, dia tak suka matematik..hehehehe

 Yang ni kraftangan yang saya buat kat sekolah hari tu. Tangan Angsa. Cantik tak ?
Semestinya warna pink kegemaran saya..


Ini pulak lukisan gula-gula untuk Ummi. Ummi dah tampal kat CPU desktop kat ofiz dia :)
Cantik kan ?


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla