Wednesday, December 5, 2012

N.U.H.A bila..............Majlis Berinai

Kelmarin, saya jumpa tiub inai dalam almari Ummi. Terus saya suruh Ummi pakaikan tapi masa tu kitorang nak keluar, Ummi cakap lepas balik sekolah esoknya dia akan pakaikan untuk saya. Hari yang dijanji telah tiba :) Balik sekolah, terus saya suruh Ummi pakaikan. Lepas dah siap mandi, saya dah ready dengan tiub inai tu. 



 Padan muka saya, tak boleh gerak mana-mana.


Saya banyak kali tanya Ummi bila nak kering inai ni. Saya dah penat :p



Akhirnya, selepas setengah jam..Lihat la jari jemariku..Merah kan :)


Kaki ku jua...Comot Ummi pakaikan sebab saya bukan reti duk diam sangat masa pakai tu, asyik la bergerak-gerak kaki tu. Hangen laa Ummi saya :p Kalau Abah yang pakaikan mesti lagi kemas, macam masa diorang kawen dulu, Abah yang pakaikan inai kat tangan Ummi sebab lepas majlis nikah dan sanding rumah pengantin perempuan tu, inai yang Ummi pakai pudar pulak untuk majlis bertandang kerumah pengantin lelaki :p hehehe .


Korang suka pakai inai ?




 






No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla