Monday, April 30, 2012

N.U.H.A bila....Buku Princess

Sila jangan berjanji (berzanji :p)  dengan saya , kalau tak mampu tunaikan ok ! Saya akan tuntut sampai saya dapat. Hari tu Abah janji nak belikan buku princess kat saya. Hari-hari mesti saya tanya Abah bila nak beli buku princess. 



Hari Sabtu pergi Tesco, cari kat dalam tu, tak der pulak buku princess termasuk kedai-kedai jual suratkhabar tepi tu. Saya dah nak mengamuk dah.Abah janji esok pulak nak bawak saya pergi Aeon belikan buku princess. Sekali, tak der jugak .Dah masuk MPH tapi tak der jugak buku princess. Apalagi , meraung lah saya sebab Abah janji nak belikan malam ni pulak kat Giant. Sepanjang jalan menuju kat kereta, saya muncung dan membebel sebab Abah tak belikan lagi buku princess.Sampai lah tertidur. Sampai rumah, saya sambung lagi drama sebab masih tak puas hati tak beli buku princess.

Belah malam, sekali lagi keluar belikan buku princesss. Saya dah angin dah sebab Abah pergi amik duit dulu pulak. Kata nak beli buku princess. Akhirnya sampai kat tempat yang dinanti-nanti. Ada buku princess kat situ. Banyak pilihan pulak. Saya berkenan kat buku ni, so Ummi bagi yang lain pun saya tak pandang dah..




Buku princess saya, RM 13.90 . Puas hati !

Abah dah tak hutang dengan saya dah, sebab semalam , saya dah dapat selipar princess dan payung princess. Lenkali saya tunjuk yer :)



2 comments:

  1. amboi....makin besar makin banyak akalnya....dah x boleh dah nak menipu kat dia eh

    ReplyDelete
  2. Banyak ye barang princess...nanti dah besar nuha nak jadi princess yee..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla